Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور.
Teks Bahasa Melayu
Sedekah akan memadamkan kepanasan di dalam kubur bagi pelakunya.
Sahabat Perawi
- Uqbah Bin Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis no. 4489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عقبة بن عامر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور)). [عد، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (3021)].
(Lemah) Daripada Uqbah bin Amir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sedekah akan memadamkan kepanasan di dalam kubur bagi pelakunya.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3021].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman