Sebutlah setiap hari ketika kamu bangun pagi: Aku sambut seruan-Mu ya Allah! Aku sambut seruan-Mu dengan bahagia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قل كل يوم حين تصبح: لبيك اللهم! لبيك وسعديك، والخير في يديك، ومنك وإليك. اللهم! ما قلت من قول، أو نذرت من نذر، أو حلفت من حلف؛ فمشيئتك بين يديه، ما شئت؛ كان، وما لم تشأ؛ لم يكن، ولا حول ولا قوة إلا بك، إنك على كل شيء قدير. اللهم! ما صليت من صلاة؛ فعلى من صليت، وما لعنت من لعنة، فعلى من لعنت، إنك أنت وليي في الدنيا والآخرة، توفني مسلما، وألحقني بالصالحين…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebutlah setiap hari ketika kamu bangun pagi: Aku sambut seruan-Mu ya Allah! Aku sambut seruan-Mu dengan bahagia. Kebaikan seluruhnya pada tangan-Mu! Daripada-Mu dan kepada-Mu! Ya Allah! Apa yang aku sebutkan atau aku nazarkan atau aku sumpahkan, maka kehendak-Mu ada di hadapannya. Apa yang Engkau kehendaki akan terjadi, manakala apa yang Engkau tidak kehendaki tidak akan terjadi. Tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah! Apa doa yang telah aku panjatkan, maka ia adalah buat orang yang Engkau doakan. Apa laknat yang telah aku ucapkan, maka ia adalah buat orang yang Engkau laknat. Sesungguhnya Engkau adalah penjagaku di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan Islam dan turutkanlah aku bersama orang-orang yang soleh…

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 565-566, hadis nombor 2930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت: أن رسول الله ﷺ علمه دعاء، وأمره أن يتعاهد به أهله كل يوم، قال: «قُلْ كُلَّ يَوْمٍ حِينَ تُصْبِحُ: ‌لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ! ‌لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ، وَمِنْكَ وَإِلَيْكَ. اللَّهُمَّ! مَا قُلْتُ مِنْ قَوْلٍ، أَوْ نَذَرْتُ مِنْ نَذْرٍ، أَوْ حَلَفْتُ مِنْ حَلِفٍ؛ فَمَشِيئَتُكَ بَيْنَ يَدَيْهِ، مَا شِئْتَ؛ كَانَ، وَمَا لَمْ تَشَأْ؛ لَمْ يَكُنْ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ! مَا صَلَّيْتُ مِنْ صَلَاةٍ، فَعَلَى مَنْ صَلَّيْتَ، وَمَا لَعَنْتُ مِنْ لَعْنَةٍ، فَعَلَى مَنْ لَعَنْتَ، إِنَّكَ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ…» الحديث بطوله. [حم، طب، ك، الطبراني في ((الدعاء))، ابن السني، البيهقي في ((الدعوات الكبير))، ((الضعيفة)) (6733)].

(Lemah) Daripada Zayd bin Thābit bahawa Rasulullah ﷺ mengajarkannya doa dan memerintahkannya untuk ahli keluarganya menjaga doa itu pada setiap hari. Baginda bersabda: Sebutlah setiap hari ketika kamu bangun pagi: "Aku sambut seruan-Mu ya Allah! Aku sambut seruan-Mu dengan bahagia. Kebaikan seluruhnya pada tangan-Mu! Daripada-Mu dan kepada-Mu! Ya Allah! Apa yang aku sebutkan atau aku nazarkan atau aku sumpahkan, maka kehendak-Mu ada di hadapannya. Apa yang Engkau kehendaki akan terjadi, manakala apa yang Engkau tidak kehendaki tidak akan terjadi. Tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah! Apa doa yang telah aku panjatkan, maka ia adalah buat orang yang Engkau doakan. Apa laknat yang telah aku ucapkan, maka ia adalah buat orang yang Engkau laknat. Sesungguhnya Engkau adalah penjagaku di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan Islam dan turutkanlah aku bersama orang-orang yang soleh…" (hingga tamat) hadis ini seluruhnya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ṭabrānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Ṭabrānī dalam al-Du‘a’, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah dan al-Bayhaqī dalam al-Da‘awāt al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6733].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.