Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أردتَ سَفرًا فقُلْ لمَن تُخلَّفُ: أستَودِعُكُم اللَّهَ الَّذي لا تضيعُ ودائعَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu mahu bermusafir maka sebutkanlah kepada orang yang kamu tinggalkan: Aku tinggalkan kalian kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan barang di bawah jagaan-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis no. 5050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((إذا أردت سفرا فقل لمن تخلف: أستودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه)). [عد، ((الضعيفة)) (1470)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mahu bermusafir maka sebutkanlah kepada orang yang kamu tinggalkan: Aku tinggalkan kalian kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan barang di bawah jagaan-Nya.” [Riwayat Ibnī ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1470]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman