TEKS BAHASA ARAB
قل: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؛ فإني قرأت على جبريل: أعوذ بالله السميع العليم، فقال لي: قل: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، ثم قال لي جبريل: هكذا أخذت عن ميكائيل، وأخذها ميكائيل عن اللوح المحفوظ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebutlah: ‘Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’, sesungguhnya aku telah membaca di hadapan Jibril (dengan lafaz): ‘Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,’ Jibril pun berkata kepadaku: Sebutlah: ‘Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.’ Kemudian Jibril berkata kepadaku: Demikianlah sebagaimana aku ambil daripada (malaikat) Mikail dan Mikail telah mengambilnya dari Luh Mahfuz.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis nombor 7468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زر بن حبيش: قرأت على عبد الله بن مسعود، فقال لي: قرأت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أعوذ بالله السميع العليم، فقال لي: ((قل: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؛ فإني قرأت على جبريل: أعوذ بالله السميع العليم، فقال لي: قل: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، ثم قال لي جبريل: هكذا أخذت عن ميكائيل، وأخذها ميكائيل عن اللوح المحفوظ)) .[ابن الجوزي في ((مسلسلاته))، الجوزي في ((النشر في القراءات العشر))،((الضعيفة)) (3903)]
(Lemah)
Daripada Zirr bin Hubaysh: Aku telah membaca (al-Quran) di hadapan ‘Abdullah bin Mas’ud, lalu ‘Abdullah berkata: Aku telah membaca lafaz isti’adzah di hadapan Rasulullah SAW, iaitu: ‘Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’, Baginda pun bersabda kepadaku, sebutlah: ‘Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’, sesungguhnya aku telah membaca di hadapan Jibril (dengan lafaz): ‘Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,’ Jibril pun berkata kepadaku: Sebutlah: ‘Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.’ Kemudian Jibril berkata kepadaku: Demikianlah sebagaimana aku ambil daripada (malaikat) Mikail dan Mikail telah mengambilnya dari Luh Mahfuz.
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-Musalsalat, dan al-Jazari dalam al-Nashar Fi al-Qiraat al-'Ashar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3903]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.