Seburuk-buruk ulama’ adalah mereka yang mendatangi pemerintah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: شرار العلماء الذين يأتون الأمراء، وخيار الأمراء الذين يأتون العلماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seburuk-buruk ulama’ adalah mereka yang mendatangi pemerintah dan sebaik-baik pemerintah adalah mereka yang mendatangi ulama.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 288, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

روى ابن ماجة شطره الأول بسند ضعيف . وروى: العلماء أمناء الرسل على عباد الله ما لم يخالطون السلطان. فإذا فعلوا ذلك: فقد خانوا الرسل فاحذروهم واعتزلوهم. قيل: هو موضوع. وفي إسناده: مجهول، ومتروك، وتعقب ذلك وورد في هذا المعنى أشياء لا تصح.

Ibn Majah meriwayatkan separuh pertama hadith ini dengan sanad yang dhaif. Diriwayatkan juga: " Ulama’ adalah pemegang amanah bagi pihak rasul atas hamba-hamba Allah selagi mana mereka tidak bercampur dengan pemimpin-pemimpin, jika mereka melakukan demikian maka mereka telah khianat kepada Rasul maka hindarilah mereka dan tinggalkan mereka.". Dikatakan hadith ini palsu. Dan dalam sanadnya ada perawi yang tidak dikenali dan yang ditinggalkan hadithnya. Dan ulasan pada hadith ini: ada riwayat lain dengan makna yang sama semuanya tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.