TEKS BAHASA ARAB
شر البيت الحمام، تعلو فيه الأصوات، وتكشف فيه العورات…فمن دخله؛ فلا يدخل إلا مستترا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seburuk-buruk tempat mandi awam (hammam) adalah yang hingar bingar, dan yang dibuka aurat di dalamnya…Sesiapa yang ingin memasuki tempat mandi awam, maka janganlah dia masuk melainkan dalam keadaan bertutup.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis nombor 8199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((شر البيت الحمام، تعلو فيه الأصوات، وتكشف فيه العورات.)) فقال رجل: يا رسول الله! يداوى فيه المريض، ويذهب فيه الوسخ، فقال: ((فمن دخله؛ فلا يدخل إلا مستتراً)). [طب، ((الضعيفة)) (3744)].
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seburuk-buruk tempat mandi awam (hammam) adalah yang hingar bingar, dan yang dibuka aurat di dalamnya.)) Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Di situ tempat orang yang sakit diubati dan kekotoran dihilangkan. Lalu baginda bersabda: ((Maka barang siapa yang ingin memasukinya, janganlah memasukinya melainkan dalam keadaan bertutup.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3744].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.