Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seburuk-buruk tempat mandi awam (hammam) adalah yang hingar bingar

Teks Bahasa Arab

شر البيت الحمام، تعلو فيه الأصوات، وتكشف فيه العورات...فمن دخله؛ فلا يدخل إلا مستتراً.

Teks Bahasa Melayu

Seburuk-buruk tempat mandi awam (hammam) adalah yang hingar bingar, dan yang dibuka aurat di dalamnya...Sesiapa yang ingin memasuki tempat mandi awam, maka janganlah dia masuk melainkan dalam keadaan bertutup.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis no. 8199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((شر البيت الحمام، تعلو فيه الأصوات، وتكشف فيه العورات.)) فقال رجل: يا رسول الله! يداوى فيه المريض، ويذهب فيه الوسخ، فقال: ((فمن دخله؛ فلا يدخل إلا مستتراً)). [طب، ((الضعيفة)) (3744)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seburuk-buruk tempat mandi awam (hammam) adalah yang hingar bingar, dan yang dibuka aurat di dalamnya.)) Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Di situ tempat orang yang sakit diubati dan kekotoran dihilangkan. Lalu baginda bersabda: ((Maka barang siapa yang ingin memasukinya, janganlah memasukinya melainkan dalam keadaan bertutup.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3744].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.