Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شَرُّ المَجَالِسِ الأسواقِ والطُّرُقِ، وخيرُ المَجَالِسِ المساجدُ، فإن لم تَجْلِسْ في المسجدِ، فالْزَمْ بيتَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Seburuk-buruk tempat berhimpun adalah pasar dan juga jalanan, sebaik-baik tempat berhimpun adalah masjid. Jika kamu tidak duduk di masjid, maka duduklah di rumah.
Sahabat Perawi
- Wathilah Bin al-Asqa’
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis no. 3775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((شر المجالس الأسواق والطرق، وخير المجالس المساجد، فإن لم تجلس في المسجد، فالزم بيتك)). [طب، ((الضعيفة)) (2609)]
(Palsu) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seburuk-buruk tempat berhimpun adalah pasar dan juga jalanan, sebaik-baik tempat berhimpun adalah masjid. Jika kamu tidak duduk di masjid, maka duduklah di rumah. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2609]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman