Seburuk-buruk sayuran ialah jirjir (Sejenis sayuran – disebut juga gargir oleh orang Arab Mesir)

TEKS BAHASA ARAB

بئست البقلة الجرجير من أكل منها ليلا بات ونفسه تنازعه ويضرب عرق الجذام في أنفه كلوها نهارا وكفوا عنها ليلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk sayuran ialah jirjir (Sejenis sayuran – disebut juga gargir oleh orang Arab Mesir), siapa yang makan jirjir pada malam hari, dia akan tidur dalam keadaan sesak nafas dan akan tumbuh urat-urat penyakit kusta di hidungnya.Kerana itu, makanlah jirjir di siang hari dan tahanlah diri daripadanya di malam hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 54, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: سماجة الحديث وكونه مما يسخر منه…وحديث "بئست البقلة الجرجير من أكل منها ليلا بات ونفسه تنازعه ويضرب عرق الجذام في أنفه كلوها نهارا وكفوا عنها ليلا".

Di antaranya (ciri hadis palsu) juga adalah kandungan hadis yang buruk dan mengundang persendaan orang yang mendengarnya. Contohnya seperti berikut…dan hadis lain:

بِئْسَتِ الْبَقْلَةُ الْجِرْجِيرُ مَنْ أَكَلَ مِنْهَا لَيْلا بَاتَ وَنَفْسُهُ تُنَازِعُهُ وَيُضْرَبُ عِرْقُ الْجُذَامِ فِي أَنْفِهِ كُلُوهَا نَهَارًا وَكُفُّوا عَنْهَا لَيْلا
“Seburuk-buruk sayuran ialah jirjir (Sejenis sayuran – disebut juga gargir oleh orang Arab Mesir), siapa yang makan jirjir pada malam hari, dia akan tidur dalam keadaan sesak nafas dan akan tumbuh urat-urat penyakit kusta di hidungnya.Kerana itu, makanlah jirjir di siang hari dan tahanlah diri daripadanya di malam hari.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs