Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: بئس البقلة الجرجير، من أكل مِنْهَا لَيْلًا، بَات وَنَفسه تنازعه، وَيضْرب عرق الجذام من أَنفه، فكلوها نَهَارا وَكفوا عَنْهَا لَيْلًا.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Seburuk-buruk sayur ialah jirjir (disebut juga gargir oleh orang Arab Mesir), siapa yang makan jirjir pada malam hari, dia akan tidur dalam keadaan sesak nafas dan akan tumbuh urat-urat penyakit kusta di hidungnya. Oleh kerana itu, makanlah jirjir di siang hari dan tahanlah diri daripadanya di malam hari.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 61, hadis no. 125. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع.
Palsu.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman