Seburuk-buruk rumah adalah bilik mandi

TEKS BAHASA ARAB

بئس البيت الحمام: بيت لا يستر، وماء لا يطهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk rumah adalah bilik mandi: Rumah yang tidak tertutup dan air yang tidak suci.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis nombor 6093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: بئس البيت الحمام: بيت لا يستر، وماء لا يطهر. [قالت] وما يسر عائشة أن لها مثل أحد ذهبا، وأنها دخلت الحمام، وقالت: لوأن امرأة أطاعت ربها، وحفظت فرجها ثم آذت زوجها بكلمة باتت الملائكة تلعنها.
[هب، ((الضعيفة)) (2312)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Seburuk-buruk rumah adalah bilik mandi: Rumah yang tidak tertutup dan air yang tidak suci. ‘Aishah berkata: Dan tidak tersembunyi kepada ‘Aishah bahawa dia mempunyai amalan seperti (membelanjakan) emas sebesar Uhud dan dia telah masuk ke dalam tempat mandi, ‘Aishah berkata: Seandainya seorang wanita itu mentaati Tuhannya dan memelihara kemaluannya kemudian dia menyakiti suaminya dengan suatu kalimah, dia tidur dalam keadaan malaikat melaknatnya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2312]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs