Seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang buruk dalam tubuh badan yang baik

TEKS BAHASA ARAB

خير ما أعطي الإنسان الخلق الحسن، وإن شر ما أعطي الإنسان الخلق السيء في الصورة الحسنة، وما كرهت أن يعلمه الناس إذا عملته، فلا تعمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada seorang manusia adalah akhlak yang baik dan seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang buruk dalam tubuh badan yang baik. Dan jika ada sesuatu yang kamu tidak suka untuk diketahui oleh orang ramai apabila kamu melakukannya, maka janganlah kamu melakukan perbuatan itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 27, hadis nombor 85. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((خير ما أعطي الإنسان الخلق الحسن، وإن شر ما أعطي الإنسان الخلق السيء في الصورة الحسنة، وما كرهت أن يعلمه الناس إذا عملته، فلا تعمله)).
[ابن وهب، ((الضعيفة)) (1956)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik perkara yang diberikan kepada seorang manusia adalah akhlak yang baik dan seburuk-buruk perkara yang diberikan kepada manusia adalah akhlak yang buruk dalam tubuh badan yang baik. Dan jika ada sesuatu yang kamu tidak suka untuk diketahui oleh orang ramai apabila kamu melakukannya, maka janganlah kamu melakukan perbuatan itu.
[Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1956]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs