Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang membatasi (tidak mesra) dengan keluarganya

TEKS BAHASA ARAB

شر الناس الضيق على أهله. قالوا: وكيف يكون ضيقاً على أهله؟ قال: الرجل إذا دخل بيته خشعت امرأته، وهرب ولده، وفر عبد هـ، فإذا خرج ضحكت امرأته واستأنس أهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang membatasi keluarganya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana (yang dimaksudkan) dengan membatasi keluarga itu?” Kemudian Rasulullah SAW menjawab: “Ketika seorang lelaki memasuki rumahnya. Isterinya berasa takut, anak dan hambanya melarikan diri darinya. Ketika lelaki tersebut keluar, ketawalah isterinya dan ahli keluarga lain kembali bermesra."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis nombor 4821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((شر الناس الضيق على أهله. قالوا: وكيف يكون ضيقاً على أهله؟ قال: الرجل إذا دخل بيته خشعت امرأته، وهرب ولده، وفر عبد هـ، فإذا خرج ضحكت امرأته واستأنس أهل بيته)).
[طس، ((الضعيفة)) (3296)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang membatasi keluarganya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana (yang dimaksudkan) dengan membatasi keluarga itu?” Kemudian Rasulullah SAW menjawab: “Ketika seorang lelaki memasuki rumahnya. Isterinya berasa takut, anak dan hambanya melarikan diri darinya. Ketika lelaki tersebut keluar, ketawalah isterinya dan ahli keluarga lain kembali bermesra”.
[Riwayat al-Ṭabrani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3296].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs