Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شرُّ الناسِ الضيِّقُ علَى أَهلِهِ. قالوا: وكيف يكونُ ضيِّقًا عَلَى أهلِهِ؟ قال: الرجُلُ إذا دخل بيتَهُ خشَعَتِ امرأتُهُ، وَهَرَبَ وَلَدُهُ، وفرَّ عبدُهُ، فإذا خرج ضَحِكَتْ امرَأَتُهُ واستأنسَ أهلُ بيتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang membatasi keluarganya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana (yang dimaksudkan) dengan membatasi keluarga itu?” Kemudian Rasulullah SAW menjawab: “Ketika seorang lelaki memasuki rumahnya. Isterinya berasa takut, anak dan hambanya melarikan diri darinya. Ketika lelaki tersebut keluar, ketawalah isterinya dan ahli keluarga lain kembali bermesra."
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis no. 4821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: شر الناس الضيق على أهله. قالوا: وكيف يكون ضيقاً على أهله؟ قال: الرجل إذا دخل بيته خشعت امرأته، وهرب ولده، وفر عبد هـ، فإذا خرج ضحكت امرأته واستأنس أهل بيته. [طس، الضعيفة (3296)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang membatasi keluarganya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana (yang dimaksudkan) dengan membatasi keluarga itu?” Kemudian Rasulullah SAW menjawab: “Ketika seorang lelaki memasuki rumahnya. Isterinya berasa takut, anak dan hambanya melarikan diri darinya. Ketika lelaki tersebut keluar, ketawalah isterinya dan ahli keluarga lain kembali bermesra”. [Riwayat al-Ṭabrani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3296].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman