Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مِن أَسْوَإِ الناسِ منْزِلةً مَن أذْهَبَ آخِرَتَهُ بِدُنْيا غَيْرِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seburuk-buruk keadaan manusia adalah orang yang membuang akhiratnya untuk (kepentingan) dunia orang lain.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1326, hadis no. 6772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: إن من أسوأ الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره. [طس، ((الضعيفة)) (2229، 2990)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: Sesungguhnya seburuk-buruk keadaan manusia adalah orang yang membuang akhiratnya untuk (kepentingan) dunia orang lain. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2229, 2990]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman