Seburuk-buruk keadaan manusia adalah orang yang membuang akhiratnya untuk kepentingan dunia orang lain

TEKS BAHASA ARAB

إن من أسوأ الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seburuk-buruk keadaan manusia adalah orang yang membuang akhiratnya untuk (kepentingan) dunia orang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1326, hadis nombor 6772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: إن من أسوأ الناس منزلة من أذهب آخرته بدنيا غيره.
[طس، ((الضعيفة)) (2229، 2990)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: Sesungguhnya seburuk-buruk keadaan manusia adalah orang yang membuang akhiratnya untuk (kepentingan) dunia orang lain.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2229, 2990]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs