Seburuk-buruk kaum adalah kaum yang terdapat seorang lelaki daripada kalangan mereka berjalan dengan keadaan taqiyyah (berpura-pura) dan menyembunyikan (rahsia)

TEKS BAHASA ARAB

بئس القوم قوم يمشي الرجل فيهم بالتقية والكتمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk kaum adalah kaum yang terdapat seorang lelaki daripada kalangan mereka berjalan dengan keadaan taqiyyah (berpura-pura) dan menyembunyikan (rahsia).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis nombor 132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((بئس القوم قوم يمشي الرجل فيهم بالتقية والكتمان)).
[فر، ((الضعيفة)) (2141)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seburuk-buruk kaum adalah kaum yang terdapat seorang lelaki daripada kalangan mereka berjalan dengan keadaan taqiyyah (berpura-pura) dan menyembunyikan (rahsia).
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs