Seburuk-buruk kamu adalah yang bujang di kalangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: شراركم عزابكم


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seburuk-buruk kamu adalah yang bujang di kalangan kamu.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 120, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي. عن أبي هريرة مرفوعا. وفي إسناده: خالد بن إسماعيل وهو يضع الحديث.
وقال ابن حجر في المطالب العالية: هذا حديث منكر.
وقد ذكر له في اللآلىء طريقا أخرى، رواها أبو يعلي عن عكاف بن وداعة الهلالي , وروى من طريق أخرى عن أبي ذر , ورواه الديلمي من حديث ابن عباس

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ismail sedangkan dia mencipta hadith palsu.
Ibn Hajar berkata: Di dalam kitab al-Matalib al-‘Aliyah: Hadith ini munkar.
Al-Suyuthi dalam kitabnya al-La’ali menyebutkan jalan periwayatan lain iaitu riwayat Abu Ya’la daripada ‘Akkaf bin Wada’ah al-Hilali. Beliau turut meriwayatkan daripada jalan lain daripada Abu Zar, al-Dailami meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs