Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: شراركم عزابكم
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Seburuk-buruk kamu adalah yang bujang di kalangan kamu
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abu Dhar
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 120, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu (disandarkan kepada Nabi) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ismail sedangkan dia mencipta hadith palsu Ibn Hajar berkata: di dalam kitab al-Matalib al-‘Aliyah: hadith ini munkar. Al-Suyuthi dalam kitabnya al-La’ali menyebutkan jalan periwayatan lain iaitu riwayat Abu Ya’la daripada ‘Akkaf bin Wada’ah al-Hilali, Beliau turut meriwayatkan daripada jalan lain daripada Abu Zar, al-Dailami meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman