Seburuk-buruk hasil pendapatan adalah upah bermain seruling dan hasil jualan anjing

TEKS BAHASA ARAB

بئس الكسب أجر ‌الزمارة، وثمن الكلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk hasil pendapatan adalah upah bermain seruling dan hasil jualan anjing.

STATUS

Palsu dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis nombor 3192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((بئس الكسب أجر ‌الزمارة، وثمن الكلب)). [أبو نعيم في ((منتخب من حديث يونس بن عبيد))، ((الضعيفة)) (3375)].

(Palsu dengan lafaz ini)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seburuk-buruk hasil pendapatan adalah upah bermain seruling dan hasil jualan anjing.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Muntakhab daripada hadis Yunus bin Ubaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3375].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs