Palsu Dengan Lafaz Ini
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بِئْسَ الْكَسْبُ أَجْرُ الزَّمَّارَةِ، وثَمَنُ الْكَلْبِ.
Teks Bahasa Melayu
Seburuk-buruk hasil pendapatan adalah upah bermain seruling dan hasil jualan anjing.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis no. 3192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((بئس الكسب أجر الزمارة، وثمن الكلب)). [أبو نعيم في ((منتخب من حديث يونس بن عبيد))، ((الضعيفة)) (3375)].
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seburuk-buruk hasil pendapatan adalah upah bermain seruling dan hasil jualan anjing.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Muntakhab daripada hadis Yunus bin Ubaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3375].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman