Seburuk-buruk harta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شر المال في آخر الزمان المماليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk harta pada akhir zaman ialah para hamba.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 46, hadis nombor 243. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Palsu, para hamba telah pun tiada pada akhir zaman, iaitu zaman kita berada. Maka hamba-hamba tersebut sudah tidak wujud lagi hingga ia menjadi seburuk-buruk harta pada akhir zaman atau sebaik-baik harta. Semoga Allah memburukkan para pendusta tersebut.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.