Seburuk-buruk harta di akhir zaman ialah hamba-hamba tawanan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شر ‌المال في آخر الزمان المماليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seburuk-buruk harta di akhir zaman ialah hamba-hamba tawanan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 978, hadis nombor 5038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((‌شر ‌المال في آخر الزمان المماليك)). [الحلي في ((الفوائد المنتقاة))، حل، ((الضعيفة)) (740)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RHUMA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seburuk-buruk harta di akhir zaman ialah hamba-hamba tawanan. [Riwayat al-Huliy dalam al-Fawaidul Muntaqah dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 740]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.