Seburuk-buruk hamba adalah yang melakukan monopoli

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمع برخص ساءه وإذا سمع بغلاء فرح به بئس العبد المحتكر، إذا رخص الله الأسعار حزن وإذا أغلاها الله فرح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika dia (seseorang) mendengar harga turun, dia merasa kecewa. Jika dia mendengar harga naik, dia gembira. Seburuk-buruk hamba adalah yang melakukan monopoli. Jika Allah menurunkan harga, dia bersedih. Jika Allah menaikkan harga dia bergembira.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 629, hadis nombor 3274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الاحتكار: ما هو؟ قال: ((إذا سمع بِرُخْصٍ؛ ساءه، وإذا سمع بغلاءٍ؛ فرح به بئسَ العبدُ المحتَكِرُ، إنْ أَرْخَصَ اللهً الأسعارَ؛ حَزِنَ، وإنْ أغلاها الله فَرِحَ)). [طب، ((الضعيفة)) (5567)].

(Lemah)
Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW mengenai al-ihtikar (monopoli): Apakah ia? Baginda SAW bersabda: “Jika seseorang mendengar harga turun, dia merasa kecewa. Jika dia mendengar harga naik, dia gembira. Seburuk-buruk hamba adalah yang melakukan monopoli. Jika Allah menurunkan harga, dia bersedih. Jika Allah menaikkan harga dia bergembira.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5567].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs