Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سمع بِرُخْصٍ؛ ساءه، وإذا سمع بغلاءٍ؛ فرح به بئسَ العبدُ المحتَكِرُ، إنْ أَرْخَصَ اللهً الأسعارَ؛ حَزِنَ، وإنْ أغلاها الله فَرِحَ.
Teks Bahasa Melayu
Jika dia (seseorang) mendengar harga turun, dia merasa kecewa. Jika dia mendengar harga naik, dia gembira. Seburuk-buruk hamba adalah yang melakukan monopoli. Jika Allah menurunkan harga, dia bersedih. Jika Allah menaikkan harga dia bergembira.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 629, hadis no. 3274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الاحتكار: ما هو؟ قال: ((إذا سمع بِرُخْصٍ؛ ساءه، وإذا سمع بغلاءٍ؛ فرح به بئسَ العبدُ المحتَكِرُ، إنْ أَرْخَصَ اللهً الأسعارَ؛ حَزِنَ، وإنْ أغلاها الله فَرِحَ)). [طب، ((الضعيفة)) (5567)].
(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW mengenai al-ihtikar (monopoli): Apakah ia? Baginda SAW bersabda: “Jika seseorang mendengar harga turun, dia merasa kecewa. Jika dia mendengar harga naik, dia gembira. Seburuk-buruk hamba adalah yang melakukan monopoli. Jika Allah menurunkan harga, dia bersedih. Jika Allah menaikkan harga dia bergembira.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5567].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman