TEKS BAHASA ARAB
بئس العبد عبد هواه يضله، بئس العبد عبد رغب يذله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang hawanya menyesatkannya, seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang yang kemahuan menghinakannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis nombor 10009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن نعيم بن همار الغطفاني مرفوعا: «بئس العبد عبد هواه يضله، بئس العبد عبد رغب يذله».
[ابن أبي عاصم، طب، هب، «الضعيفة» (2026)].
(Lemah)
Daripada Nuaim bin Hammar al-Ghatafani, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang hawanya menyesatkannya, seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang yang kemahuan menghinakannya”.
[Riwayat Ibnu Abi A’sim, al-Mu’jam al-Kabir, Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2026].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.