Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang hawanya menyesatkannya

Teks Bahasa Arab

بئسَ العبدُ عبدٌ هواه يُضِلُّهُ، بئس العبدُ عبدٌ رَغَبٌ يُذِلُّه.

Teks Bahasa Melayu

Seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang hawanya menyesatkannya, seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang yang kemahuan menghinakannya.

Sahabat Perawi

  1. Nuaim bin Hammar Al-Ghatafani

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis no. 10009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن نعيم بن همار الغطفاني مرفوعا: «بئس العبد عبد هواه يضله، بئس العبد عبد رغب يذله». [ابن أبي عاصم، طب، هب، «الضعيفة» (2026)].

(Lemah) Daripada Nuaim bin Hammar al-Ghatafani, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang hawanya menyesatkannya, seburuk-buruk hamba adalah seorang hamba yang yang kemahuan menghinakannya”. [Riwayat Ibnu Abi A’sim, al-Mu’jam al-Kabir, Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2026].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.