Sebuah kaum itu tidak mengangkat tangan mereka kepada Allah SWT meminta sesuatu

TEKS BAHASA ARAB

عن سلمان رضي الله عنه – قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (ما رفع قوم أكفهم إلى الله تعالى يسألونه شيئاً إلا كان حقاً على الله أن يضع في أيديهم الذي سألوا).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebuah kaum itu tidak mengangkat tangan mereka kepada Allah SWT meminta sesuatu, melainkan ia menjadi hak atas Allah untuk meletakkan di tangan-tangan mereka perkara yang mereka minta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis nombor 7812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمان رضي الله عنه – قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (ما رفع قوم أكفهم إلى الله تعالى يسألونه شيئاً إلا كان حقاً على الله أن يضع في أيديهم الذي سألوا).
[ طب ((الضعيفة)) (5948) ]

(Lemah)
Daripada Salman RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebuah kaum itu tidak mengangkat tangan mereka kepada Allah SWT meminta sesuatu, melainkan ia menjadi hak atas Allah untuk meletakkan di tangan-tangan mereka perkara yang mereka minta.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5948].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs