Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن سلمان رضي الله عنه - قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (ما رفع قوم أكفهم إلى الله تعالى يسألونه شيئاً إلا كان حقاً على الله أن يضع في أيديهم الذي سألوا).
Teks Bahasa Melayu
Sebuah kaum itu tidak mengangkat tangan mereka kepada Allah SWT meminta sesuatu, melainkan ia menjadi hak atas Allah untuk meletakkan di tangan-tangan mereka perkara yang mereka minta.
Sahabat Perawi
- Salman RA.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis no. 7812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمان رضي الله عنه - قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (ما رفع قوم أكفهم إلى الله تعالى يسألونه شيئاً إلا كان حقاً على الله أن يضع في أيديهم الذي سألوا). [ طب ((الضعيفة)) (5948) ]
(Lemah) Daripada Salman RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebuah kaum itu tidak mengangkat tangan mereka kepada Allah SWT meminta sesuatu, melainkan ia menjadi hak atas Allah untuk meletakkan di tangan-tangan mereka perkara yang mereka minta.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5948].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman