TEKS BAHASA ARAB
حديث: سطع نور في الجنة، فقيل: ما هذا؟ فإذا هو ثغر حوراء ضحكت في وجه زوجها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sebuah cahaya terpancar di syurga. Sesorang bertanya: Apakah ini? Rupa-rupanya ia adalah cahaya yang keluar daripada gigi bidadari yang tengah tersenyum kepada suaminya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 96, hadis nombor 248. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في الميزان: باطل.
Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: Batil.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.