Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sebuah cahaya terpancar di syurga

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: سَطَعَ نور فِي الْجنَّة، فَقيل: مَا هَذَا؟ فَإِذا هُوَ ثغر حوراء ضحِكت فِي وَجه زَوجهَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sebuah cahaya terpancar di syurga. Sesorang bertanya: Apakah ini? Rupa-rupanya ia adalah cahaya yang keluar daripada gigi bidadari yang tengah tersenyum kepada suaminya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 96, hadis no. 248. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: باطل.

Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: Batil.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.