Sebuah bandar terbina di antara Dajlah dan Dajbil

TEKS BAHASA ARAB

حديث: تبنى مدينة بين دجلة، ودجبيل، لهي أسرع ذهابا في الأرض من الوتد الحديد في الأرض الرخوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sebuah bandar terbina di antara Dajlah dan Dajbil, ia adalah yang pantas jika bergerak seperti pemacak besi pada bumi yang kering.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 435, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب، وابن عدي، والطبراني عن أنس مرفوعًا، وفي إسناده: متروك ومجهول، والحديث منكر، وقال في الميزان: باطل، وللحديث طرق كثيرة جدًا، قد استوفاها صاحب اللآلىء، وفي بعضها التصريح بأنها بغداد.

Diriwayatkan oleh al-Khatib, Ibn Adi, al-Tabarani daripada Anas secara marfu’.
Dalam sanadnya ada perawi yang matruk dan majhul. Hadis ini munkar. Dia berkata dalam al-Mizan: Batil. Hadis ini mempunyai jalur yang cukup banyak seperti yang disebutkan oleh penulis al-Laali’. Sebahagiannya menyebutkan ia adalah Baghdad.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs