Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sebuah bandar terbina di antara Dajlah dan Dajbil

Teks Bahasa Arab

حديث: تبنى مدينة بين دجلة، ودجبيل، لَهِيَ أَسْرَعُ ذِهَابًا فِي الأَرْضِ مِنَ الْوَتَدِ الْحَدِيدِ فِي الأَرْضِ الرَّخْوَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Sebuah bandar terbina di antara Dajlah dan Dajbil, ia adalah yang pantas jika bergerak seperti pemacak besi pada bumi yang kering.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 435, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب، وابن عدي، والطبراني عن أنس مرفوعًا، وفي إسناده: متروك ومجهول، والحديث منكر، وقال في الميزان: باطل، وللحديث طرق كثيرة جدًا، قد استوفاها صاحب اللآلىء، وفي بعضها التصريح بأنها بغداد.

Diriwayatkan oleh al-Khatib, Ibn Adi, al-Tabarani daripada Anas secara marfu’. Dalam sanadnya ada perawi yang matruk dan majhul. Hadis ini munkar. Dia berkata dalam al-Mizan: Batil. Hadis ini mempunyai jalur yang cukup banyak seperti yang disebutkan oleh penulis al-Laali’. Sebahagiannya menyebutkan ia adalah Baghdad.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.