Sebiji tamar lebih baik berbanding seekor belalang

TEKS BAHASA ARAB

تمرة خير من جرادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebiji tamar lebih baik berbanding seekor belalang.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 29, hadis nombor 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جاء عن ابن عباس أنه سئل عن صيد المحرم يصيد الجراد فقاله.

Telah datang daripada Ibn ‘Abbas bahawa beliau telah ditanya berkenaan buruan orang berihram yang memburu belalang, lalu beliau pun mengatakannya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs