Sebiji batu menangis kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عج حجر إلى الله فقال: إلهي وسيدي عبدتك كذا وكذا سنة ثم جعلتني في أس كنيف فقال: أما ترضى أن عدلت بك عن مجالس القضاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sebiji batu menangis kepada Allah lalu berkata: Tuhanku dan Tuanku, aku telah menyembah-Mu sekian dan sekian tahun, kemudian kamu jadikan aku pada tapak kandang haiwan, lalu Allah berkata: Tidakkah kamu berpuas hati, jika aku mengadili denganmu daripada majlis-majlis kehakiman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 200-201, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل [قال تمام: هذا] حديث منكر قلت: لا شك في أنه موضوع مختلق.

Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail, Tammam berkata: Ini hadith munkar. Aku (Al-Shawkani) berkata: Tidak syak lagi hadith ini palsu dan direka.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs