Sebesar-besar keberkatan pada seseorang wanita

TEKS BAHASA ARAB

أعظم النساء بركة أيسرهن مؤنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebesar-besar keberkatan pada seseorang wanita itu ialah yang paling mudah maharnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis nombor 4703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة -رضي الله عنها- عن النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((أعظم النساء بركة أيسرهن مؤنة)).
[ن في ((عشرة النساء))، ش، ك، هق، حم، البزار، أحمد بن الفرات في ((أحاديثه))، الخطيب في ((الموضة))، القضاعي في ((مسند الشهاب))، ((الضعيفة)) (1117)].

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sebesar-besar keberkatan pada seseorang wanita itu ialah yang paling mudah maharnya.
[Riwayat an-Nasaie dalam ‘Ishrah al-Nisaa, Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Bazzar dalam Musnad beliau, Ahmad bin al-Furat dalam hadith-hadith beliau, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddhah, al-Qudha’iyy dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1117].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs