Sebenarnya awak lihat seorang wanita yang tersangat baik

TEKS BAHASA ARAB

لقد رأيت خالا بخدها اقشعرت كل شعرة منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebenarnya awak lihat tahi lalat di pipinya yang meremangkan setiap bulu romamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1059, hadis nombor 5413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن سابط، قال: خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم امرأة من كلب، فبعث عائشة تنظر إليها، فذهبت ثم رجعت. فقال لها: ما رأيت؟ فقالت: ما رأيت طائلًا. فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: لقد رأيت خالا بخدها اقشعرت كل شعرة منك. فقالت: يا رسول الله ما دونك سر. [ابن سعد، الضعيفة 4965]

(Palsu) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Sabit, beliau menceritakan: Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita daripada suku Kalb, Baginda menghantar ‘Aishah bagi merisiknya. Apabila ‘Aishah pulang, Baginda bertanya, Apakah yang awak lihat? ‘Aishah menjawab: Saya tidak melihat apa-apa yang menarik. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Sebenarnya awak lihat tahi lalat di pipinya yang meremangkan setiap bulu romamu. ‘Aishah menjawab: Wahai Rasulullah, tiada apa yang tersembunyi padamu. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (4965)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs