Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السعادةُ كلُّ السعادةِ طولُ العمُرِ في طاعةِ اللهِ عزَّ وجلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Sebenar-benar kebahagiaan adalah panjangnya umur dalam ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis no. 138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((السعادة كل السعادة طول العمر في طاعة الله عز وجل)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (2407)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebenar-benar kebahagiaan adalah panjangnya umur dalam ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla. [Riwayat oleh al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2407]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman