TEKS BAHASA ARAB
كان عليه الصلاة والسلام قبل الإسراء والمعراج يصلي ركعتين صباحا وركعتين مساء كما كان يفعل النبي إبراهيم عليه السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebelum peristiwa israk dan mikraj, Baginda SAW mendirikan solat dua rakaat pada waktu pagi dan dua rakaat pada waktu petang sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis nombor 5434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) كان عليه الصلاة والسلام قبل الإسراء والمعراج يصلي ركعتين صباحًا، وركعتين مساءً كما كان يفعل النبي إبراهيم عليه السلام. [الضعيفة (5410)]
(Tiada asal baginya) Sebelum peristiwa israk dan mikraj, Baginda SAW mendirikan solat dua rakaat pada waktu pagi dan dua rakaat pada waktu petang sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS. [Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5410]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.