Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَطْلُعُ عليكم قبلَ الساعةِ سَحابةٌ سوداءُ من قِبَلِ المغربِ مِثْلُ التُّرْسِ، فما تزالُ ترتفعُ في السماءِ حتى تملأَ السماءَ، ثم يُنادِي مُنادٍ: يا أيُّها الناسُ! فيُقْبِلُ الناسُ بعضُهم على بعضٍ: هل سَمِعْتم؟ فمنهم من يقولُ: نعم، ومنهم من يَشُكُّ، ثم يُنادِي الثانيةَ: يا أيُّها الناسُ! فيقولُ الناسُ: هل سَمِعْتم؟ فيقولون: نعم، ثم يُنادِي: أَيُّها الناسُ: [أَتَى أَمْرُ اللهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ]، قال: فوالذي نفسي بيدِهِ! إن الرَّجُلَيْنِ لَيَنْشُرَانِ الثوبَ فما يَطْوِيَانِهِ أو يَتَبَايَعَانِهِ أبدًا، وإن الرجلَ لَيَمْدُرُ حَوْضَه فما يُسْقَي فيه شيئًا، وإن الرجلَ لَيَحْلُبُ ناقتَهُ فما يَشْرَبُهُ أبدًا، ويَشْتَغِلُ الناسُ.
Teks Bahasa Melayu
Sebelum kiamat akan terbit kepada kamu awan hitam dari arah barat seperti perisai. Ia terus-menerus naik ke langit hingga memenuhi langit, kemudian seorang penyeru menyeru: Wahai manusia! Orang ramai berpaling sebahagian mereka kepada sebahagian lagi: Adakah kamu mendengar? Ada dalam kalangan mereka yang berkata: Ya. Ada dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian diseru untuk kali kedua: Wahai manusia! Orang ramai berkata: Adakah kamu mendengar? Mereka menjawab: Ya. Kemudian diseru lagi: Wahai manusia! [Urusan Allah (kiamat) pasti datang, maka janganlah kamu meminta ia disegerakan] (Surah al-Nahl ayat 1). Baginda bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya dua orang lelaki pasti menyerahkan pakaian mereka hingga keduanya tidak lagi melipat pakaian itu atau menjualnya selama-lamanya. Dan sesungguhnya seseorang itu benar-benar pergi ke telaganya, lalu dia tidak meminum sedikit pun dan seseorang benar-benar memerah susu untanya tetapi dia tidak meminumnya selama-lamanya, dan orang ramai kesibukan.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin 'Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1354 - 1355, hadis no. 6912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada 'Uqbah bin 'Amir RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebelum kiamat akan terbit kepada kamu awan hitam dari arah barat seperti perisai. Ia terus-menerus naik ke langit hingga memenuhi langit, kemudian seorang penyeru menyeru: Wahai manusia! Orang ramai berpaling sebahagian mereka kepada sebahagian lagi: Adakah kamu mendengar? Ada dalam kalangan mereka yang berkata: Ya. Ada dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian diseru untuk kali kedua: Wahai manusia! Orang ramai berkata: Adakah kamu mendengar? Mereka menjawab: Ya. Kemudian diseru lagi: Wahai manusia! [Urusan Allah (kiamat) pasti datang, maka janganlah kamu meminta ia disegerakan] (Surah al-Nahl ayat 1). Baginda bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya dua orang lelaki pasti menyerahkan pakaian mereka hingga keduanya tidak lagi melipat pakaian itu atau menjualnya selama-lamanya. Dan sesungguhnya seseorang itu benar-benar pergi ke telaganya, lalu dia tidak meminum sedikit pun dan seseorang benar-benar memerah susu untanya tetapi dia tidak meminumnya selama-lamanya, dan orang ramai kesibukan. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5009]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman