TEKS BAHASA ARAB
كان عليه الصلاة والسلام قبل الإسراء والمعراج يصلي ركعتين صباحًا، وركعتين مساءً؛ كما كان يفعل النبي إبراهيم عليه السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebelum berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, baginda ﷺ menunaikan solat dua rakaat pada waktu pagi dan dua rakaat pada waktu petang, seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 308, hadis nombor 1625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له): ((كان عليه الصلاة والسلام قبل الإسراء والمعراج يصلي ركعتين صباحًا، وركعتين مساءً؛ كما كان يفعل النبي إبراهيم عليه السلام. رواه البخاري)). [((الضعيفة)) (5410)].
(Tiada asal baginya) “Sebelum berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, baginda ﷺ menunaikan solat dua rakaat pada waktu pagi dan dua rakaat pada waktu petang, seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS. Al-Bukhari telah meriwayatkannya.” [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5410].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.