Sebatlah peminum arak tidak kira yang sedikit mahupun banyak

TEKS BAHASA ARAB

اجلدوا في ‌قليل ‌الخمر وكثيره، فإن أولها [حرام]، وآخرها حرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebatlah peminum arak tidak kira yang sedikit mahupun banyak, sesungguhnya yang pertama adalah haram dan yang akhirnya juga adalah haram.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 776, hadis nombor 3973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – أن رسول الله ﷺ قال: ((اجلدوا في ‌قليل ‌الخمر وكثيره، فإن أولها [حرام]، وآخرها حرام)). [هق، (الضعيفة)) (1830)]

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebatlah peminum arak tidak kira yang sedikit mahupun banyak, sesungguhnya yang pertama adalah haram dan yang akhirnya juga adalah haram. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1830]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs