Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، واضربوا الهام، تورثوا الجنان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir (musuh-musuh Islam), nescaya kamu akan mewarisi syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179 hadis nombor 914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ: أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، واضربوا الهام، تورثوا الجنان.
[ت، ((الضعيفة)) (1324)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir (musuh-musuh Islam), nescaya kamu akan mewarisi syurga.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1324]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.