Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir

Teks Bahasa Arab

أَفْشُوا السلامَ، وأَطْعِمُوا الطعامَ، واضرِبُوا الهامَ، تُورَثُوا الجِنانَ.

Teks Bahasa Melayu

Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir (musuh-musuh Islam), nescaya kamu akan mewarisi syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179, hadis no. 914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ: أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، واضربوا الهام، تورثوا الجنان. [ت، ((الضعيفة)) (1324)]

(Daif) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir (musuh-musuh Islam), nescaya kamu akan mewarisi syurga. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1324]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.