Sebaik-baik zuhud di dunia adalah mengingati mati dan sebaik-baik ibadah adalah mengingati mati

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الزهد في الدنيا [ذكر الموت]، وأفضل العبادة [ذكر الموت]، وأفضل التفكر ذكر الموت فمن أثقله ذكر الموت، وجد قبره روضة من رياض الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik zuhud di dunia adalah mengingati mati dan sebaik-baik ibadah adalah mengingati mati, dan sebaik-baik tafakkur juga adalah mengingati mati. Maka barang siapa yang amalannya berat dengan mengingati mati, dia akan mendapati pada kuburnya satu taman daripada taman-taman syurga

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis nombor 8689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أفضلُ الزهدِ في الدنيا ذكْرُ الموتِ، وأفضلُ العبادةِ ذكْرُ الموتِ وأفضلُ التفكُّرِ ذكْرُ الموتِ، فَمَنْ أَثْقَلَهُ ذكْرُ الموْتِ، وجَدَ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِياضِ الجنَّةِ.)) [فر، ((الضعيفة)) (2285)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sebaik-baik zuhud di dunia adalah mengingati mati dan sebaik-baik ibadah adalah mengingati mati, dan sebaik-baik tafakkur juga adalah mengingati mati. Maka barang siapa yang amalannya berat dengan mengingati mati, dia akan mendapati pada kuburnya satu taman daripada taman-taman syurga.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2285].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs