Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَفْضَلُ العِيَادَةِ سُرعَةُ القِيَامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sebaik-baik ziarah orang yang sakit adalah segera beransur (tidak berlama-lamaan).
Sahabat Perawi
- Sa’id bin Musayyib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis no. 5938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعيد بن المسيب مرفوعا: ((أفضل العيادة سرعة القيام)). [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (2517)]
(Lemah) Daripada Sa’id bin Musayyib secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik ziarah orang yang sakit adalah segera beransur (tidak berlama-lamaan) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2571]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman