Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik waktu kematian bagi seorang hamba Allah ketika dia berada dalam rombongan haji

Teks Bahasa Arab

خيرُ ما يموتُ عليهِ العبدِ أن يكونَ قافلًا منْ حجٍّ، أو مُفطرًا من رمضانَ.

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik waktu kematian bagi seorang hamba Allah ketika dia berada dalam rombongan untuk menunaikan haji, atau ketika berbuka puasa dalam Ramadan.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 741, hadis no. 3793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خير ما يموت عليه العبد أن يكون قافلا من حج، أو مفطرا من رمضان)). [فر، ((الضعيفة)) (3583)]

(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik waktu kematian bagi seorang hamba Allah ketika dia berada dalam rombongan untuk menunaikan haji, atau ketika berbuka puasa dalam Ramadan. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3583]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.