Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sebaik-baik umatku: yang pertama adalah yang sudah berkahwin, yang terakhir adalah orang bujang

Teks Bahasa Arab

حديث: خير أمتي أولها: المتزوجون وآخرها: العزاب وإني أحللت لأمتي الترهب إذا مضت إحدى وثمانون ومائة سنة _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sebaik-baik umatku: yang pertama adalah yang sudah berkahwin, yang terakhir adalah orang bujang, aku menghalalkan untuk umatku kerahiban (tidak berkahwin) jika telah sampai umur 181 tahun... hingga akhir hadith.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 121, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: في إسناده البلوي كذاب

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: pada sanadnya terdapat perawi bernama al-Balwi seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.