Sebaik-baik umatku ialah umat yang terawal dan yang terakhir

TEKS BAHASA ARAB

خير أمتي أولها وآخرها، وفي وسطها الكدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik umatku ialah umat yang terawal dan yang terakhir. Manakala di tengahnya adalah kekeruhan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis nombor 9262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: خير أمتي أولها وآخرها، وفي وسطها الكدر. [علقه الكلاباذي في (مفتاح المعاني)، عد، الحكيم، (الضعيفة) (3572)].

(Lemah) Daripada Abu Darda’ RA berkata: ““Sebaik-baik umatku ialah umat yang terawal dan yang terakhir. Manakala di tengahnya adalah kekeruhan.” [Riwayat al-Kalabazi meriwayatkannya secara mua’allaq dalam Miftah al-Ma’ani, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3572]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs