Sebaik-baik umatku ialah mereka yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawasanya aku utusan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik umatku ialah mereka yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawasanya aku utusan Allah. Dan mereka yang apabila melakukan kebaikan mereka bergembira, dan apabila melakukan keburukan mereka beristighfar memohon ampun. Dan seburuk-buruk umatku ialah mereka yang apabila dilahirkan dalam kenikmatan dan diberi makan membesar dengannya, dan sesungguhnya nafsu mereka adalah pada kepelbagaian jenis makanan dan pakaian. Dan mereka tidak menjaga percakapan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2016, hadis nombor 10122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عروة بن رويم اللخمي مرفوعاً: خيار أمتي؛ الذين يشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله، والذين إذا أحسنوا استبشروا، وإذا أساءوا استغفروا، وشرار أمتي الذين ولدوا في النعيم وغذوا به، وإنما نهمتهم ألوان الطعام والثياب، ويتشدقون في الكلام.
[حل، عبد الغني المقدسي في ((تخريجه))، ((الضعيفة)) (3558)]

(Lemah)
Daripada ‘Urwah bin Ruwaim al-Lakhmī secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik umatku ialah mereka yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawasanya aku utusan Allah. Dan mereka yang apabila melakukan kebaikan mereka bergembira, dan apabila melakukan keburukan mereka beristighfar memohon ampun. Dan seburuk-buruk umatku ialah mereka yang apabila dilahirkan dalam kenikmatan dan diberi makan membesar dengannya, dan sesungguhnya nafsu mereka adalah pada kepelbagaian jenis makanan dan pakaian. Dan mereka tidak menjaga percakapan.
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan ‘Abdul Ghanī al-Maqdisī dalam Takhrījnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3558]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.